Duniaku Dakwahku Selamanya...

Duniaku Dakwahku Selamanya...

Saturday, February 17, 2018

17/2/2018

Catatan dalam musafir...
Dari corong radio...

1) hukum sahut panggilan ibu waktu solat.
- Jika solat sunat wajib berhenti
- jika solat wajib kuatkan suara bacaan

2) Menghina fizikal manusia sama seperti menghina Allah
3) Beza rendah diri dan rendah hati.
- Rendah diri adalah membandingkan diri dengan kelebihan yg orang lain ada... hukumnya tidak boleh
- Rendah hati adalah sifat tidak sombong atau tidak meninggi diri.. hukumnya sifat mulia dan dituntut Islam.

4) Setiap manusia Allah ciptakan dengan kelebihan dan kekurangan. Tidak ada manusia yang complete. Cari kelebihan yang ada untuk kebaikan diri.
Mutiara hikmah dikutip dari :-
- Imam Muda Asyraf
- DMFK
(Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Sunday, January 21, 2018

21/1/2018

 Catatan :
- Anak susuan sama taraf dengan anak sendiri dari segi hukum seperti aurat dan sebagainya dengan ibu dan bapa juga datuk nenek dan sedara mara yang lain...

- Waktu solat... Tersedu keluar makanan wajib luahkan... (kedalam tisu dsb) x boleh telan semula... solat x batal...
- Khutbah hari jumaat paling elok suara imam kuat.. lantang dan pendek.
- x salah istiqfar/zikir "Allah... Allah..Allah..." dalil x akan berlaku kiamat selagi ada yg menyebut Allah...

- x ada manusia yg mulut jahat hati baik... klu mulut puaka maka hati juga puaka..
- Istiqfarlah dimana berada... moga dlm byk2 istiqfar ada yg Allah angkat terhapus dosa kita... Alhamdulillah..
- Nak kaya x salah... tp x boleh menunjuk... berdosa
- memiliki anak yg bijak tapi x mampu solat untuk kedua ibubapa.. umpama membela beruk.. bila mati keduanya x ada manfaat mampu disalur.
- Dipadang mahsyar semua dibangkitkan dlm keadaan tiada berbaju.. kecuali para.. nabi... para syuhada dgn pakaian perang dan orang yg suka memberi pemberian yg baik pada manusia didunia.
- Setiap perbuatan ikhlas Allah ada ganjaran.
- suami isteri tinggal jauh... pandangan berhentilah salah seorang.. sebab tujuan hidup berdua.
- x salah baca doa lepas solat jenazah. ia x wajb cuma sunat sebab elok segera uruskan jenazah.

Ustaz Azhar Idrus
Masjid Hashim Yahya
#QasidahPenang
#MuhasabahTokohIslam

Sunday, March 23, 2014

23/3/2014

Solat sunat witir amat besar jika dibandingkankan dengan harta yg ada didunia... memiliki Ferrari juga tak mampu menilai sunat witir yang lebih besar ganjaran pahalanya.. penceramah merayu agar dilakukankan sunat witir walau seletih mana diri kerana ia merupakan benteng kekuatan. jika tidak berdaya sangat cukup lakukan satu rakaat. ia boleh dilakukan dalam semua keadaan jika tidak larat berdiri boleh dilakukan dalam posisi duduk, tidur asalkan berwuduk dan mengadap kiblat. ia tidak menjadi masalah kerana ia solat sunat.

Info tentang witir...


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.

2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain

3. “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir




“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”


****************************************

Pautan lain terkait>>> http://albanjari.eramulti.com/shalat-sunat-witir

-Dipetik dari kuliah Maghrib 23/03/2014

Tuesday, December 31, 2013

31/12/2013


-Insuran nyawa : haram meletakkan pergantungan (niat) jika bukan kerana Allah. Perbetulkan niat mengambil insuran nyawa (yang Islamik) atas dasar ‘taaun” yakni bermaksud tolong menolong. Dalam zaman sekarang perubatan merupakan satu kos yang tinggi jadi dengan konsep 'taaun' yang kita terapkan dalam diri ia akan saling membantu saat manusia yang di uji Allah memerlukan.

.: Info tambahan hasil carian saya tentang perihal terkait >>>> http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

******************************

Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?


By: Abdul Muhaimin Mahmood

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.  [1] Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]  رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum insurans nyawa.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

a.               Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 

b.               Mengandungi unsur judi. 

c.                Mengandungi muamalah riba.[3]

Hukum insurans am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.
 
Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..
 
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

a.               Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
 
b.               Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
 
c.                Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
 
d.               Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.

Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam. 

Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.

Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].

Syarikat-syarikat tersebut ialah:

a.               AIA AFG Takaful Bhd

b.               AmFamily Takaful Berhad

c.                CIMB Aviva Takaful Berhad

d.               Etiqa Takaful Berhad

e.               Great Eastern Takaful Sdn Bhd

f.                 Hong Leong MSIG Takaful Berhad

g.               HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd

h.               ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad

i.                 Prudential BSN Takaful Berhad

j.                 Syarikat Takaful Malaysia Berhad

k.                Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

l.                 MAA Takaful Berhad.
 
KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.

Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.
 


[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.

[2] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac  al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.





******************************
Walahua’alam

-Dipetik dari kuliah Maghrib ?/?/2013 (lupa catatkan tarikh)

Tuesday, May 8, 2012

08/05/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Tasauf berkait tentang 3 perkara
1)Hati
2)Roh
3)nafsu

-Usuluddin bukan ilmu yang perlu tahu sahaja, etapi perlu mendalami dan memahami.

-Tidak semua manusia mendapat apa yang dipelajari sebab itu mereka sering berdolak dalik bila menerima sesuatu ilmu. Tasauf amat perlu didalam diri kita sebenarnya.

-Didalam mengaku beriman kita boleh melakukan kekufuran kepada Allah sebab ia satu perkara yang tidak nampak.

-4 perkara yang perlu ita kuatkan keyakinan kepadanya :-
1)Zat
2)Sifat
3)Asma,
4)Af’al
(Info berkait hasil rujukan saya >>> http://halmysirat.blogspot.com/2010/10/istilah-sufi.html)

-Iman manusia sekarang amat rapuh, lagi kuat beriman kepada Allah lagi banyak maksiat yg kita lakukan seperti mengutuk, mengumpat dan sebagainya.

-Tasauf iaitu satu ilmu yang tidak nampak, hanya yang tahu dapat merasainya, sukar untuk dijelaskan tetapi jalan menuju kepadanya dapat dibantu.

-Tanda orang beriman ada perasaan gerun didalam hatinya bila mendengar nama Allah.

-Setinggi dan sedalam mana kita belajar jika hati kecil tidak sampai kepadaNya, itu dinamakan mendapat maklumat atau sekadar ilmu sahaja. (Hati tidak berasa dekat dengan Allah)

-Dipetik dari kuliah Maghrib 08/05/2012

Monday, May 7, 2012

06/05/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-Dua tanda kekufuran iaitu :
1)Meratapi si mati
2)Menghina Nasab (keturunan) orang seperti menggunakan perkataan anak haram atau anak haram jadah (jaddah dalam bahasa arab bermaksud datuk/nenek) dan sebagainya.

-Tidak di ampun dosa orang yang meraung(meratapi) orang yang mati sehingga dia beristigfar memohon keampunan kepada Allah.

- Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                          
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)

Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang.
Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
 
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                     

-Dalam hadis yang lain : Wanita yang meraung akan di pakaikan dengan baju yang membawa penyakit kulit di akhirat kelak. (Maaf kurang sempurna catatan saya untuk hadis ini)

-Sunat mengucap takziah kepada waris si mati atau kepada orang yang di timpa musibah, bertujuan menenangkan dan menghiburkannya.

Ganjarannya :
1)Mendapat pahala orang yang mengucap takziah. Ia mendapat pahala sama dengan penderita musibah.

2)Mendapat perhiasan kehormatan di hari akhirat kelak.

3)Memperolehi selendang di hari akhirat contohnya memujuk wanita yang kematian anak.

*Info*

- Perihal Nabi  : Ada riwayat mengatakan nabi akan memperbaharui wudhuk jika baginda memakan keju.

- Tidak batal wudhuk jika tersentuh kemaluan binatang

-Dipetik dari kuliah Maghrib 06/05/2012

Saturday, May 5, 2012

5/5/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Ibarat kita selalu menyebut sesuatu barang dan sebagainya begitulah kita harus selalu menyebut (berselawat) kepada nabi s.a.w.

-Berselawat kepada nabi sama dengan berzikir dan berselawat (2 in 1) dan di kategorikan berhak mendapat syafaat nabi di hari akhirat kelak.

-Sebarang permainan yg berunsurkan bola hukumnya adalah Haram kerana asal wujudnya permainan itu adalah setelah berlakunya perang karbala dimana kepala Saidina Husain di potong dan di sepak-sepak (tendang) kemudian di selamatkan oleh para sahabat dan di semadikan kepala saidina Husain di Mesir, Egypt (dihadapan masjid Al-Azhar)
.: Badan Syaidina Husain ada di Iraq.

-Hukum permainan berunsur bola Haram kecuali:-
1) dengan niat bermain untuk berlatih perang
2) dengan niat  Menghubungkan Sillaturrahim
3) dengan niat Untuk sihatkan tubuh badan
4)Menutup aurat
5)Tidak meninggalkan sembahyang

-Muzik yang tidak melalaikan menurut pandangan ulamak adalah harus.

-Manusia tidak pernah puas hati dengan manusia lain contohnya kisah Lukmanul hakim dengan anaknya >>>

***************************************************************
Suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata :
“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.
Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula :
"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi :
"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata :
"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya :
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."
***************************************************************
-Jadilah manusia yang sentiasa menjadi pengasas kepada kebaikan kerana ganjarannya akan berterusan hingga ke akhirat.

-Dibolehkan berkawan dengan orang kafir dengan syarat kita tegas (perlu ada batasan).

-Haram kumpulan Marhaban Wanita kerana suara adalah aurat kecuali sesama wanita dan tiada lelaki.

-Perlu menjawab azan dengan sempurna, tidak boleh di selang seli dengan benda lain seperti menjawab telefon dan sebagainya.

-Kita kena pandai melawan jawab untuk mematahkan segala bisikan syaitan contohnya bila azan dengan suara yang merdu dalam hati terdetik “suara aku sedap”, maka patahkanlah bisikan syaitan itu dengan menjawab “aku perlu azan dengan suara yang sedap kerana aku melaungkan ayat2 Allah yang hebat” selain itu kita boleh mengambil contoh dan iktibar dari kisah Sheikh Abdul Kadir Jailani dan syaitan >>>
***************************************************************
Pada suatu ketika aku sedang beribadat, tampak arasy di hadapanku, di atasnya ada cahaya, lalu ia berseru ; Hai Abdul Kadir , aku adalah Tuhanmu, dan aku telah menghalalkan untukmu apa2 yang aku haramkan bagi orang lain. Abdul Kadir Jailani berkata ; Aku tanyakan kepadanya; apakah engkau itu Allah yang tiada Tuhan selain Dia , enyahlah engkau hai musuh Allah! Maka terurailah cahaya tersebut dan menjadi gelap dan oknum itu berkata; Hai Abdul Kadir , engkau selamat daripadaku, kerana pahamnya engkau kepada agamamu dalam hal ehwalmu, aku benar2 telah mencobakan fitnah dengan kisah seperti ini kepada 70 puluh orang.
            Lalu orang menanyakan kepada Abdul Kadi; Bagaimana anda tahu bahwa oknum tersebut adalah syaitan? Dia menjawab; Oleh kerana katanya; aku halalkan untukmu apa yang aku haramkan kepada orang lain. Padahal aku mengetahui, bahwa syariat Nabi Muhammad s.a.w tidak terhapus dan tidak diganti, dan sebabnya lagi ialah oknum tersebut  mengucapkan akau adalah Tuhanmu, sedangkan dia tidak kuasa mengatakan, Aku Allah yang tidak ada Tuhan selain daripadaku.
***************************************************************

-Perlu niat berwuduk semasa membasuh muka, jika tidak, tidak sah wuduk kita.
Info tambahan (search aku di Internet >>> http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/06/cara-dan-doa-doa-wuduk/ )

-ISTIDRAJ iaitu lagi banyak kita melakukan benda yang Allah murka lagi banyak rezeki yang Allah beri. Rezeki ini dinamakan rezeki Istidraj yakni bukan rezeki nikmat dari Allah.

.: Info tambahan tentang makna ISTDRAJ >>> http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

***************************************************************
Istidraj... Istidraj...  Istidraj...  Istidraj...  Istidraj... 
 
Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)
 
 
Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa".  Subhanallah...  begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata:  ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".
 
 
Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).
 
Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!! ***************************************************************
-Dipetik dari kuliah Maghrib 05/05/2012