Duniaku Dakwahku Selamanya...

Duniaku Dakwahku Selamanya...

Tuesday, May 8, 2012

08/05/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Tasauf berkait tentang 3 perkara
1)Hati
2)Roh
3)nafsu

-Usuluddin bukan ilmu yang perlu tahu sahaja, etapi perlu mendalami dan memahami.

-Tidak semua manusia mendapat apa yang dipelajari sebab itu mereka sering berdolak dalik bila menerima sesuatu ilmu. Tasauf amat perlu didalam diri kita sebenarnya.

-Didalam mengaku beriman kita boleh melakukan kekufuran kepada Allah sebab ia satu perkara yang tidak nampak.

-4 perkara yang perlu ita kuatkan keyakinan kepadanya :-
1)Zat
2)Sifat
3)Asma,
4)Af’al
(Info berkait hasil rujukan saya >>> http://halmysirat.blogspot.com/2010/10/istilah-sufi.html)

-Iman manusia sekarang amat rapuh, lagi kuat beriman kepada Allah lagi banyak maksiat yg kita lakukan seperti mengutuk, mengumpat dan sebagainya.

-Tasauf iaitu satu ilmu yang tidak nampak, hanya yang tahu dapat merasainya, sukar untuk dijelaskan tetapi jalan menuju kepadanya dapat dibantu.

-Tanda orang beriman ada perasaan gerun didalam hatinya bila mendengar nama Allah.

-Setinggi dan sedalam mana kita belajar jika hati kecil tidak sampai kepadaNya, itu dinamakan mendapat maklumat atau sekadar ilmu sahaja. (Hati tidak berasa dekat dengan Allah)

-Dipetik dari kuliah Maghrib 08/05/2012

Monday, May 7, 2012

06/05/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-Dua tanda kekufuran iaitu :
1)Meratapi si mati
2)Menghina Nasab (keturunan) orang seperti menggunakan perkataan anak haram atau anak haram jadah (jaddah dalam bahasa arab bermaksud datuk/nenek) dan sebagainya.

-Tidak di ampun dosa orang yang meraung(meratapi) orang yang mati sehingga dia beristigfar memohon keampunan kepada Allah.

- Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                          
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)

Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang.
Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
 
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                     

-Dalam hadis yang lain : Wanita yang meraung akan di pakaikan dengan baju yang membawa penyakit kulit di akhirat kelak. (Maaf kurang sempurna catatan saya untuk hadis ini)

-Sunat mengucap takziah kepada waris si mati atau kepada orang yang di timpa musibah, bertujuan menenangkan dan menghiburkannya.

Ganjarannya :
1)Mendapat pahala orang yang mengucap takziah. Ia mendapat pahala sama dengan penderita musibah.

2)Mendapat perhiasan kehormatan di hari akhirat kelak.

3)Memperolehi selendang di hari akhirat contohnya memujuk wanita yang kematian anak.

*Info*

- Perihal Nabi  : Ada riwayat mengatakan nabi akan memperbaharui wudhuk jika baginda memakan keju.

- Tidak batal wudhuk jika tersentuh kemaluan binatang

-Dipetik dari kuliah Maghrib 06/05/2012

Saturday, May 5, 2012

5/5/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Ibarat kita selalu menyebut sesuatu barang dan sebagainya begitulah kita harus selalu menyebut (berselawat) kepada nabi s.a.w.

-Berselawat kepada nabi sama dengan berzikir dan berselawat (2 in 1) dan di kategorikan berhak mendapat syafaat nabi di hari akhirat kelak.

-Sebarang permainan yg berunsurkan bola hukumnya adalah Haram kerana asal wujudnya permainan itu adalah setelah berlakunya perang karbala dimana kepala Saidina Husain di potong dan di sepak-sepak (tendang) kemudian di selamatkan oleh para sahabat dan di semadikan kepala saidina Husain di Mesir, Egypt (dihadapan masjid Al-Azhar)
.: Badan Syaidina Husain ada di Iraq.

-Hukum permainan berunsur bola Haram kecuali:-
1) dengan niat bermain untuk berlatih perang
2) dengan niat  Menghubungkan Sillaturrahim
3) dengan niat Untuk sihatkan tubuh badan
4)Menutup aurat
5)Tidak meninggalkan sembahyang

-Muzik yang tidak melalaikan menurut pandangan ulamak adalah harus.

-Manusia tidak pernah puas hati dengan manusia lain contohnya kisah Lukmanul hakim dengan anaknya >>>

***************************************************************
Suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata :
“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.
Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula :
"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi :
"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata :
"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya :
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."
***************************************************************
-Jadilah manusia yang sentiasa menjadi pengasas kepada kebaikan kerana ganjarannya akan berterusan hingga ke akhirat.

-Dibolehkan berkawan dengan orang kafir dengan syarat kita tegas (perlu ada batasan).

-Haram kumpulan Marhaban Wanita kerana suara adalah aurat kecuali sesama wanita dan tiada lelaki.

-Perlu menjawab azan dengan sempurna, tidak boleh di selang seli dengan benda lain seperti menjawab telefon dan sebagainya.

-Kita kena pandai melawan jawab untuk mematahkan segala bisikan syaitan contohnya bila azan dengan suara yang merdu dalam hati terdetik “suara aku sedap”, maka patahkanlah bisikan syaitan itu dengan menjawab “aku perlu azan dengan suara yang sedap kerana aku melaungkan ayat2 Allah yang hebat” selain itu kita boleh mengambil contoh dan iktibar dari kisah Sheikh Abdul Kadir Jailani dan syaitan >>>
***************************************************************
Pada suatu ketika aku sedang beribadat, tampak arasy di hadapanku, di atasnya ada cahaya, lalu ia berseru ; Hai Abdul Kadir , aku adalah Tuhanmu, dan aku telah menghalalkan untukmu apa2 yang aku haramkan bagi orang lain. Abdul Kadir Jailani berkata ; Aku tanyakan kepadanya; apakah engkau itu Allah yang tiada Tuhan selain Dia , enyahlah engkau hai musuh Allah! Maka terurailah cahaya tersebut dan menjadi gelap dan oknum itu berkata; Hai Abdul Kadir , engkau selamat daripadaku, kerana pahamnya engkau kepada agamamu dalam hal ehwalmu, aku benar2 telah mencobakan fitnah dengan kisah seperti ini kepada 70 puluh orang.
            Lalu orang menanyakan kepada Abdul Kadi; Bagaimana anda tahu bahwa oknum tersebut adalah syaitan? Dia menjawab; Oleh kerana katanya; aku halalkan untukmu apa yang aku haramkan kepada orang lain. Padahal aku mengetahui, bahwa syariat Nabi Muhammad s.a.w tidak terhapus dan tidak diganti, dan sebabnya lagi ialah oknum tersebut  mengucapkan akau adalah Tuhanmu, sedangkan dia tidak kuasa mengatakan, Aku Allah yang tidak ada Tuhan selain daripadaku.
***************************************************************

-Perlu niat berwuduk semasa membasuh muka, jika tidak, tidak sah wuduk kita.
Info tambahan (search aku di Internet >>> http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/06/cara-dan-doa-doa-wuduk/ )

-ISTIDRAJ iaitu lagi banyak kita melakukan benda yang Allah murka lagi banyak rezeki yang Allah beri. Rezeki ini dinamakan rezeki Istidraj yakni bukan rezeki nikmat dari Allah.

.: Info tambahan tentang makna ISTDRAJ >>> http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html

***************************************************************
Istidraj... Istidraj...  Istidraj...  Istidraj...  Istidraj... 
 
Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)
 
 
Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa".  Subhanallah...  begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata:  ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".
 
 
Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).
 
Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!! ***************************************************************
-Dipetik dari kuliah Maghrib 05/05/2012

Monday, April 23, 2012

23/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Orang yang berilmu, Orang yang beriman
.: Allah akan mengangkat 700 kali darjat orang yang berilmu

.:(Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).

.: (Kata Ibnu Abbas r.a: “Bagi mereka (ulama) itu beberapa darjat yang lebih atas orang mukmin dengan tujuh ratus darjat, jarak antara satu darjat dengan satu darjat itu sejauh perjalanan lima ratus tahun, seperti jarak di antara langit dan bumi.”)

-Jadilah manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada manusia lain walau pun sekadar ucapan ‘alhamdulillah’

-Belajarlah menjadi orang yang berilmu meskipun dengan mempelaji ayat Al-quran serta belajar memahami maknanya.

-Berdampinglah dengan para ulamak serta ambillah ilmu dari mereka. Alangkah ruginya orang yang mensia-siakannya.

-Sesungguhnya para nabi tiak mewarisi dinar dan dirham tetapi para nabi mewarisi imu.

-Fenomena sekarang, manusia banyak ‘Search’ dinar sahaja dari ‘Search’ Ilmu.

-Carilah masa untuk mencari ilmu. Kita kena berusaha.

-Sesungguhnya Allah menguji kita untuk melihat siapa yang paling baik amalannya. Oleh itu kita perlu berusaha, contohnya berusaha untuk khusyuk didalam sembahyang. Khusyuk itu adalah hak Allah, bukan senang untuk memilikinya, tetapi Allah akan melihat sejauh mana kita mencuba untuk khusyuk.

-Sesiapa yang dekat dengan ulama, dia yang paling banyak mendapat bahagiannya.

- Sesungguhnya malaikat membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu.

-Antara maksud malaikat melebarkan sayapnya iaitu :
*Duduk bersama di dalam majlis ilmu.
*Tunduk dan hormat kepada orang yang menuntut ilmu.

-Selalulah berdoa “Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang dapat memberi manafaat kepada Orang lain.”

-Titik hitam banyak dalam diri kita seperti riak, sombong dan sebagainya. Oleh itu kita perlu berusaha untuk menghapuskannya dengan menuntut ilmu, beristigfar dan sebagainya.

- Hadith Riwayat Muslim : “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari 'ilmu maka Allah akan permudahkannya jalan ke syurga.”

-Hadis riwayat Addarimi : “Sesiapa yang menuntut ilmu matinya di akhirat nanti beza di antara para nabi dan para ulamak hanya satu darjat sahaja.” – maaf jika ada cacat dalam mencatat hadis ini.

-Apakah yg di perolehi oleh orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?
.:Orang yang tidak berilmu benda-benda buruk akan sampai kepadanya, manakala orang yang berilmu benda-benda baik akan datang kepadanya.

-Orang yang tidak berilmu syaitan akan mempermainkannya seperti ragu-ragu (was-was) ke dalam diri manusia, oleh itu kata ulamak, kita perlu yakin.

-Antara sifat orang tidak berilmu memberi duit raya kepada kanak-kanak dengan niat mengeluarkan zakat. Jika kanak-kanak itu benar-benar miskin kita selamat. Jika sebaliknya kita nahas. (tidak di terima Allah).

-Hanya pelajar (Asnaf fisabilillah) walaupun kaya, dapat menerima zakat.

-Jadikan ahli keluarga kita dekat dengan hidayah Islam, Jangan sekadar melakukan tugas hanya kerana tanggungjawab sahaja.

-Ada tiga golongan manusia :
1) Ibarat air yang menembusinya dan menakung air tadi seperti kolam iaitu manusia yang medapat manfaat dari ilmu yang di perolehi serta memberi manfaat kepada manusia lain

2) Ibarat air menembusinya tetapi tidak menakung, iaitu mausia yang memberi manfaat kepada orang lain tetapi tidak kepada dirinya. Cthnya dia mendengar ceramah kemudian menyampaikan kepada keluarga, sahabat dan sebagainya sedangkan dia tidak mengamalkannya.

3) Ibarat air yang tidak menembusinya dan tidak menakung, iaitu manusia yang ilmunya tidak bermanfaat kepada dirinya juga kepada orang lain.

Walahua’alam

-Dipetik dari kuliah Maghrib 23/4/2012

Sunday, April 22, 2012

22/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

.: Apa itu kemantapan?
-Kemantapan iaitu ia memandang setiap yang berlaku bukan dengan pandangan manusia biasa, tetapi ia melihat dengan pandangan agama (Al-Quran dan Hadis)

-Diantara cara menjadi mantap adalah menghadiri kuliah-kuliah agama atau program yang berunsur keagamaan.

-Tiada sesiapa yang bangun tidur terus menjadi mantap melainkan ia perlu melalui proses,

-Pohon Allah dekatkan hati kita untuk menjadi manusia yang memahami Al-Quran dan Hadis.

-Sesiapa yang melakukan kebaikan Allah akan membalasnya dengan sepuluh kebaikan.

-Dipetik dari kuliah Maghrib 22/4/2012

Monday, April 16, 2012

16/4/2012


Perkongsian ilmu :

سم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dalam kuliah lepas... ustaz kata amalkan baca ayat ni sebanyak 3x sesudah solat subuh dan 3x sesudah solat Maghrib insyaallah di lindungi Allah dari segala niat jahat. cthnya santau, kerasukan dan sebagainya.... walahualam....

Friday, April 13, 2012

13/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

- Syaitan Azazil ialah bekas ketua Malaikat, bukan makhluk sembarangan, dia sangat licik.  Azazil adalah bangsa jin yang diperbuat daripada api. Setelah derhaka, ia
dikenali dengan nama Iblis. Iblis adalah ketua para syaitan.

-Kata ulamak menjaga hati dari bisikan syaitan aalah fardhu ain bagi orangyang mukallaf yakni yang telah sampai umur labigh.

-Syaitan adalah musuh  yang paling hebat kerana akibatnya kita akan di lempar kedalam neraka.

Berwuduk adalah penghadang daripada syaitan. Tidak semestinya berwuduk hanya untuk solat.

-Ada 12 jalan syaitan merosak manusi yang perlu kita ketahui :-

1) NAFSU : Kata Nabi , “Perut anak adam tidak akan kenyang sehingga di penuhi tanah”
-Nafsu kuat yakni disebabkan jarang berpuasa, jarang membaca Al-quran dan jarang membuat amalan-amalan sunat lain menjadi sebab Iman juga jarang (tidak kuat)

2)MARAH: Kena di jaga betul-betul jika tidak diri akan binasa (Kontrol diri jangan marah) Sifat pemarah yang ada dalam diri boleh menyebabkan kita membuat banyak dosa yang lain.
-Manusia bila marah syaitan akan mengawal dirinya yakni syaitan akan mempermain-mainkan dirinya.

3)DENGKI: iaitu tidak suka melihat nikmat yang di perolehi oleh orang lain. Selalunya sifat dengki adalah sifat yang paling dekat dengan diri manusia, dan yang menjadi pendengki adalah yang dekat dengan kita sebab dia mengenali rapat. (Saudara mara contohnya).
-Manusia yang dengki, Matanya akan buta, Telinga jadi pekak, mulut jadi bisu sebab tidak dapat melihat dan menilai segala kebaikan orang.

4)MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM: Sedangkan makan yang halal ditewaskan Syaitan apalagi makan dari sumber yang haram. Oleh itu kita kena melemahkan nafsu.

5)BERLEBIHAN (MEWAH) : Perlu besederhana dalam kehidupan jangan terlalu mewah.
-Rumah yang terlalu mewah syaitan akan menumpang mebiakkan kaum kerabatnya. Oleh itu di dalam rumah perlu dihidupkan solat, berzikir, membaca Al-quran dan sebagainya.

6)TAMAK

7)JANGAN TERLALU MENYANJUNG MANUSIA : Memuji contohnya
-Anak jangan terlalu di puji nanti akan jadi besar kepala dan tidak menghormati edua Ibubapa.
-Layanlah sesiapa sahaja dengan sama rata.
-Para ulama tidak suka dipuji.

8)SIKAP GOPOH (TERGESA-GESA): Orang yang selalu gopoh syaitan akan memasukinya.
-Apa keputusan yang hendak dibuat perlu tenang, nilai segala baik buruk dari semua sudut.

9)MATA WANG, HARTA BENDA DAN SEGALA YANG KITA MILIKI
Dari asyik mengira wang yang beribu lebih baik mengira huruf2 Al-quran contohnya :
-Huruf Alif adalah huruf paling bayak yang ada di dalam Al-quran
-Huruf Lam adalah huruf kedua terbanyak didalam Al-quran
***(sekadar contoh dan info tambahan dari Ustaz yang aku catat)

10)SIFAT KEDEKUT DAN TAKUT MISKIN : selalu bisikan syaitan “Aku teruk-teruk berusaha dia senang-senang meminta”.
-Oleh itu kita perlu ada sifat syukur, mengeluarkan zakat, bersifat selalu mebantu orang susah dan sebagainya.

11)PENYAKIT RANG ADA ILMU SUKA CAKAP PANJANG-PANJANG SAMPAI ORANG PENING.
-Suka mereka-reka cerita
-Penuh dengan sifat kebanggaan
.: Mereka ini ibarat lampu yang terlalu terang hingga sesat di dalam ilmunya sendiri.

12) BURUK SANGKA : suka buruk sangka sesama manusia terutamnya sesama Islam.
-Suka menghukum manusia dengan pandangan yang buru-buruk (haram dan berdosa besar)
-Perlu memohon maaf, jika tidak, tidak akan terlepas di akhirat nanti.

.: Di akhirat nanti semua perlakuan kita akan dipertanggungjawabkan. Oleh itu selalulah bermuhasabah diri kita.

.: Setinggi mana kita belajar hanya dua perkara yang paling utama perlu kita jaga:
1)Perhubungan kita dengan Allah
2)Perhubungan kita dengan manusia

.: Ambillah iktibar dengan gempa bumi yang berlaku, sesungguhnya dunia kita ini sudah terlalu tua. Perelokkanlah diri dan hubungan kita dengan Allah dan juga manusia, agar kita selamat didunia dan akhira...

Takbir!!!!!!
Allahhuakbar!!!

-Dipetik dari kuliah Maghrib 13/4/2012