Duniaku Dakwahku Selamanya...

Duniaku Dakwahku Selamanya...

Monday, May 7, 2012

06/05/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-Dua tanda kekufuran iaitu :
1)Meratapi si mati
2)Menghina Nasab (keturunan) orang seperti menggunakan perkataan anak haram atau anak haram jadah (jaddah dalam bahasa arab bermaksud datuk/nenek) dan sebagainya.

-Tidak di ampun dosa orang yang meraung(meratapi) orang yang mati sehingga dia beristigfar memohon keampunan kepada Allah.

- Tersebut  dalam  kitab  I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"                                                                          
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)

Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang.
Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
 
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)                                                     

-Dalam hadis yang lain : Wanita yang meraung akan di pakaikan dengan baju yang membawa penyakit kulit di akhirat kelak. (Maaf kurang sempurna catatan saya untuk hadis ini)

-Sunat mengucap takziah kepada waris si mati atau kepada orang yang di timpa musibah, bertujuan menenangkan dan menghiburkannya.

Ganjarannya :
1)Mendapat pahala orang yang mengucap takziah. Ia mendapat pahala sama dengan penderita musibah.

2)Mendapat perhiasan kehormatan di hari akhirat kelak.

3)Memperolehi selendang di hari akhirat contohnya memujuk wanita yang kematian anak.

*Info*

- Perihal Nabi  : Ada riwayat mengatakan nabi akan memperbaharui wudhuk jika baginda memakan keju.

- Tidak batal wudhuk jika tersentuh kemaluan binatang

-Dipetik dari kuliah Maghrib 06/05/2012

No comments:

Post a Comment