-Insuran nyawa :
haram meletakkan pergantungan (niat) jika bukan kerana Allah. Perbetulkan niat
mengambil insuran nyawa (yang Islamik) atas dasar ‘taaun” yakni bermaksud
tolong menolong. Dalam zaman sekarang perubatan merupakan satu kos yang tinggi
jadi dengan konsep 'taaun' yang kita terapkan dalam diri ia akan saling membantu
saat manusia yang di uji Allah memerlukan.
.: Info tambahan hasil carian saya tentang
perihal terkait >>>> http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram
******************************
Menyertai
Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?
By: Abdul Muhaimin Mahmood
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan
dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh
Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah
cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana
memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah
SWT. [1] Rasulullah SAW
bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و
سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]
رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah
SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap
Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani
dengan sanad yang baik (hasan).
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa
siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.
Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada
insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut
dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:
Hukum insurans nyawa.
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah
membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran
nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada
pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya
tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
a.
Mengandungi gharar
(ketidak-tentuan)
b.
Mengandungi unsur
judi.
c.
Mengandungi muamalah
riba.[3]
Hukum insurans am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008
telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa
hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]
Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009
telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut
Perspektif Syariah.
Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan
syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha
untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan
bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional
yang jelas berasaskan sistem riba.
Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang
diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah
dimaafkan.[5]
Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan
hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang
status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi,
pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
a.
Setelah meneliti
keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan
bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah
kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras
Islam.
b.
Sehubungan itu,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional
yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh
syariah.
c.
Dalam hal ini, jumlah
bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta
peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki
pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli
waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada
kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk
tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
d.
Jika terdapat ahli
waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi
dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus
bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional
tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah
disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki
wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah
dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas,
jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru,
umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah
diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional
tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh
syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.
Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat
Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan
berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka
untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan
produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.
Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat
pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang
patuh syariah di Malaysia
sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].
Syarikat-syarikat tersebut ialah:
a.
AIA AFG Takaful Bhd
KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam
segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk
meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah
produk yang tidak diharuskan dalam Islam.
Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan
mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan
Islam yang patuh syariah.
[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq,
Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998,
hlm. 1.
[2] Al-Thabarani, Mucjam
al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami,
Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac
al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa
al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.
[5] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-in...
(15 September 2011).
******************************
Walahua’alam
-Dipetik dari kuliah Maghrib ?/?/2013
(lupa catatkan tarikh)
No comments:
Post a Comment