Duniaku Dakwahku Selamanya...

Duniaku Dakwahku Selamanya...

Tuesday, March 27, 2012

27/3/2012

Perkongsian Ilmu :-

-  Mengumpat : Orang yang mengumpat kepada seseorang tetapi orang yang di umpat tidak tahu yang dirinya diumpat kifarah Allah benda yang diumpat akan berpusing-pusing dan akhirnya akan kembali kepada orang yang mengumpat.

- Dalam solat ada dua wajah :
 1) Wajah yang mengadap kiblat
2) Wajah hati : Wajah hati iaitu kena mengaku apa yang lidah lafazkan jika otak menerawang kemerata tempat maka berdosalah kita kepada Allah. (Hati bergoyang sebab hati kotor, penuh dengan debu-debu maksiat iaitu ciri-ciri orang munafik seperti dengki, mengumpat, cemburu, busuk hati dan sebagainya.

-Neraka yang paling ringan ialah neraka jahanam : Allah sediakan untuk umat Muhammad. “Pintu ketujuh ialah neraka yang dimasuki oleh UMAT nabi Muhammad s.a.w yakni kita yang terdiri dari orang-orang yang berbuat dosa besar,bermaksiat kepada Allah,enggan melaksanakan solat dan tidak mahu bertaubat sehingga ajal kita tiba"”

-Dalam alam kubur Alah tunjukkan gambaran Syurga dan Neraka sebelum kita masuk kedalamnya kerana kita tidak dapat kembali kedunia untuk menceritakannya.

-untuk memohon berada di syurga Allah atau apa sahaja, mohonlah dari sekarang sementara belum berada di alam kubur.

- Selalulah berdoa :-
Ya Allah lindungi aku dari fitnah dajal
Ya Allah lindungi aku dari fitnah kubur
Ya Allah lindungi aku dari fitnah api neraka
Ya Allah lindungi aku dari fitnah yakjuj dan makjuj
Ya Allah lindungi aku dari fitnah iblis
Ya Allah lindungi aku dari fitnah manusia
Ya Allah berilah aku petunjuk yang dapat memberi kebahagiaan didunia dan akhirat.

:. Fitnah manusia yang paling kita takuti kita terjebak.

-Dipetik dari kuliah Maghrib 27/3/2012

Wednesday, March 21, 2012

21/3/2012

Perkongsian ilmu :

- Jangan menggunakan perkataan BELUM SAMPAI SERU kerana itu adalah PERKATAAN ORANG BUKAN ISLAM contohnya bila ditanya “ Bila hendak menunaikan haji” kita elok menjawab duit belum cukup atau sebagainya tetapi jangan menggunakan perkataan BELUM SAMPAI SERU.
- Apabila datang seseorang yang menyatakan hati telah terbuka untuk masuk Islam maka kita wajib ajar dia mengucap kalimah syahadah dahulu dalam masa itu juga yang lain boleh diuruskan kemudian,
Diiktiraf sebagai telah masuk Islam:
-           Ada lafaz dan saksi
-           Mengucap dengan lafaz yang penuh

Dipetik dari kuliah maghrib 21/3/2012

Saturday, March 17, 2012

17/3/2012

Perkongsian Ilmu :

Orang yang mendengar dan menjawab azan semasa bilal melaungkan azan dan mengakhiri dengan memanjang wasilah (doa sesudah azan) maka menurut hadis sohih dari imam muslim yg nabi bersabda bahawa orang itu layak dan wajib aku bagi syafaat kepadanya.

Sedih sangat bila ustaz katakan umat Muhammad kini tak menghargai Tahiyat yg Rasullah perolehi semasa bertemu Allah dalam Israk Mikraj. Kerana keterujaan baginda Rasulullah s.a.w  melihat zat Allah.. lalu nabi bertanya apakah perkataan yg boleh aku lafazkan untuk memuji Mu lalu  itulah kalimah2 yg ada dalam tahiyat yg Nabi perolehi. Kata ustaz cuba lihat apa yg telah umat Muhammad buat padanya... sungguh sadis jiwa ini dgn apa yg keluar dari lafaz Ustaz. Ya Allah sesungguhnya kami  ini lemah, kami ini jahil... sering tertewas dgn syaitan laknatulllah... jangan kau lepas pandangan Mu pada kami ini Ya Allah. Limpahkah rahmat Mu.. bimbinglah kami hingga kembali kepada Mu... Ya Allah.. hanya Pada Mu kami berserah harap.

- di petik dari kuliah maghrib 17/3/2012 (Us.Don Daniyal)

Sunday, February 26, 2012

26/2/2012

Sedikit perkongsian bersama :-

banyak yg cuba pisahkan :
Anak dari ibu bapanya
Saudara seislam dari saudara seislamnya
Islam dari ajarannya dan hal yg berkaitan dengannya

Cth yg di beri buat itu bidaah buat ini bidaah
So bagaimana jika situasi --à
Anak yg secara tidak sedar  terhindar dari mengingati ibubapanya
Islam secara tidak sedar terhindar dari unsur2 untuk mengingatinya

Kata ustaz bidaah itu ada 2
- bidaah hasanah dan bidaah dholalah
- Awas! Dengan musuh2 yg cuba membiarkan Islam sepi dan akhirnya terpisah secara perlahan dari masyarakat Islam sendiri.

-Walahualam
(catatan dari kuliah Maghrib 26/2/2012)

Saturday, September 8, 2007

8/9/2007

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR

Ramadhan terdapat 3 peringkat

1-      10 malam pertama peringkat rahmat
2-      10 malam pertengahan peringkat pengampunan
3-      10 malam terakhir peringkat pembebasan

Tidur :

-          Menjadi hukum sunat ketika sebelum zohor atau menjadi sunat bila mendatangkan mudarat kepada orang lain dan dirinya seperti terlalu banyak bercakap benda yang tak berfaedah.

-          Menjadi haram cthnya mengabaikan waktu kerja.

Bagi orang Melayu setengahnya menganggap puasa adalah adat yang diwarisi dari org-orang terdahulu (Kelaziman atau kebiasaan) bukan sunat.

Beruntung bagi sesiapa yang bertemu dengan Malam Lailatul Qadar kerana 1 malam ibadat bersamaan 84 tahun.

CARA MENGETAHUI MALAM LAILATUL QADAR

Bagi orang Melayu bertemu Malam Lailatul Qadar ialah apabila bertemu dengan Pokok yang sujud atau air beku dan sebagainya.

Tafsiran sebenarnya ialah satu malam yang Allah bukakan ruang untuk merebut rahmatnya. Pada malam itu berterbangan malaikat turun ke bumi.

Ibadat antaranya ialah tidak menurut kehendak nafsu contohnya waktu membeli makanan untuk berbuka. Sepatutnya kita perlu membeli makanan mengikut kemampuan perut untuk diisi bukan kemahuan nafsu (mata) yang melihat.

Sewaktu berbuka kita disunatkan berhenti sebelum kenyang. Perut memerlukan 2/3 ruang untuk mencerna makanan.

CARA UNTUK BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR

1-      Pada 10 malam terakhir yang ganjil (mengikut hadis)
2-       Banyak membaca Al-Quran
3-      Memperbanyakkan sedekah cthnya memberi orang puasa makan. Sesungguhnya memberi orang berpuasa makan kita akan mendapat pahala sama dengan pahala puasa orang tersebut.
4-      Memperbanyakkan Zikrullah
5-      Memuat persediaan awal.

Ramadhan digambarkan  sebagai satu Intitusi/Sekolah/Universiti, bermula 1 Ramadhan bermakna kita telah berdaftar untuk berada dibawah Intitusi/Sekolah/Universiti tersebut oleh itu kita kena mematuhi arahannya dan akan dianugerahkan sijil ketakwaan diakhirnya.

Menurut hadis, 6-10 malam terakhir nabi tidur tidak lebih dari 2 jam kerana beribadat bagi mencari malam Lailatul Qadar.

TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR

1-      Siang hari yang tidak panas dan tidak redup
2-      Terasa keheningan tidak terlalu sunyi atau bising
3-      Cuaca malam yang tidak panas dan tidak sejuk
4-      Di waktu pagi walau pun matahari telah keluar cuaca redup tanpa tompokan awan kerana malaikat terbang naik kembali. (tetapi ini hanya petanda sedangkan malam itu telah berlalu)

PERKARA  YANG DIGALAKKAN BILA BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR

1-      Banyakkan memohon minta diampunkan dosa
2-      Banyakkan minta dikekalkan keimanan
3-      Memohon samada dipanjangkan atau di pendekkan umur kita sentiasa berada dalam keimanan

:. Sisipan ….

PETUA TIDAK NYANYUK

-          Banyak membaca Al-Quran
-          Banyak berzikir
-          Jangan banyak bercakap

PETUA MATA TERANG

Setiap pagi bila bangun ambil secebok air di tuang ke mata kanan selawat 3x kemudian ke mata kiri dan selawat 3 x

PENUTUP
Marilah kita memulakan pencarian untuk mengumpul dana buat bertemu Allah….

Sekadar berkongsi,
Yang baik itu dari Allah yang buruk adalah kelemahan diri ku sendiri

Thursday, September 6, 2007

6/9/2007

BULAN RAMADHAN SEBAGAI BULAN LATIHAN

Ramadhan bermakna bulan untuk merebut sale dari Allah.

Iman ada tahapnya (macam emosi kekadang baik dan sebaliknya)

Solat tarawikh atau Jumaat bawa anak berada di saf tengah boleh memutuskan saf, sebaiknya bagi yg membawa kanak-kanak berada di hujung barisan.

Ramadhan adalah bulan Latihan
Objektifnya adalah
1)      Ilmu
2)      Ubah sikap
3)      Peningkatan skill ketahap yg lebih mahir dlm ibadat mudah-mudahan jadi orang yg bertakwa

Malaikat ada akal sahaja
Haiwan ada nafsu sahaja
Manusia dikurniakan kedua-duanya akal dan nafsu
Sebab itu ia boleh jadi baik dari malaikat atau jahat dari haiwan.
Manusia perlu ada nafsu tetapi ia perlu dibatasi dan menjurus kepada Agama.
Ramadhan merupakan bulan tarbiah nafsu.

Setiap perkara yg hendak dibicarakan perlu difikirkan emosi org lain sama.
Orang yg beriman mempunyai emosi yang stabil iaitu semasa baik dan marah iaitu adil dalam membuat penilaian dan tidak berseteru dengan Manusia.

Tarawikh bermakna solat rehat-rehat oleh itu biarlah tertib dalam melaksanakannya.

Jika kita mempunyai rahmat Allah setiap perkara yg terjadi fikiran kita akan menilainya secara positif. Masalah akan menjadi kecil. Manusia selagi ada akal selagi itu ada masalah hanya org gila yg tak mempunyai masalah.

Bagi orang yang beriman setiap masalah akan menjadi cabaran dan bagi orang yang jahil setiap masalah adalah bala.

Membaca Al-Quran menjadi sumber rahmat dalam hidup. Oleh itu kita digalakkan membacanya biarpun sedikit.

Suami adalah pelindung, isteri adalah penenang dan anak adalah permata hati.

Dan banyak lagi….
Tu je yg aku ingat..