Duniaku Dakwahku Selamanya...

Duniaku Dakwahku Selamanya...

Sunday, April 22, 2012

22/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

.: Apa itu kemantapan?
-Kemantapan iaitu ia memandang setiap yang berlaku bukan dengan pandangan manusia biasa, tetapi ia melihat dengan pandangan agama (Al-Quran dan Hadis)

-Diantara cara menjadi mantap adalah menghadiri kuliah-kuliah agama atau program yang berunsur keagamaan.

-Tiada sesiapa yang bangun tidur terus menjadi mantap melainkan ia perlu melalui proses,

-Pohon Allah dekatkan hati kita untuk menjadi manusia yang memahami Al-Quran dan Hadis.

-Sesiapa yang melakukan kebaikan Allah akan membalasnya dengan sepuluh kebaikan.

-Dipetik dari kuliah Maghrib 22/4/2012

Monday, April 16, 2012

16/4/2012


Perkongsian ilmu :

سم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dalam kuliah lepas... ustaz kata amalkan baca ayat ni sebanyak 3x sesudah solat subuh dan 3x sesudah solat Maghrib insyaallah di lindungi Allah dari segala niat jahat. cthnya santau, kerasukan dan sebagainya.... walahualam....

Friday, April 13, 2012

13/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

- Syaitan Azazil ialah bekas ketua Malaikat, bukan makhluk sembarangan, dia sangat licik.  Azazil adalah bangsa jin yang diperbuat daripada api. Setelah derhaka, ia
dikenali dengan nama Iblis. Iblis adalah ketua para syaitan.

-Kata ulamak menjaga hati dari bisikan syaitan aalah fardhu ain bagi orangyang mukallaf yakni yang telah sampai umur labigh.

-Syaitan adalah musuh  yang paling hebat kerana akibatnya kita akan di lempar kedalam neraka.

Berwuduk adalah penghadang daripada syaitan. Tidak semestinya berwuduk hanya untuk solat.

-Ada 12 jalan syaitan merosak manusi yang perlu kita ketahui :-

1) NAFSU : Kata Nabi , “Perut anak adam tidak akan kenyang sehingga di penuhi tanah”
-Nafsu kuat yakni disebabkan jarang berpuasa, jarang membaca Al-quran dan jarang membuat amalan-amalan sunat lain menjadi sebab Iman juga jarang (tidak kuat)

2)MARAH: Kena di jaga betul-betul jika tidak diri akan binasa (Kontrol diri jangan marah) Sifat pemarah yang ada dalam diri boleh menyebabkan kita membuat banyak dosa yang lain.
-Manusia bila marah syaitan akan mengawal dirinya yakni syaitan akan mempermain-mainkan dirinya.

3)DENGKI: iaitu tidak suka melihat nikmat yang di perolehi oleh orang lain. Selalunya sifat dengki adalah sifat yang paling dekat dengan diri manusia, dan yang menjadi pendengki adalah yang dekat dengan kita sebab dia mengenali rapat. (Saudara mara contohnya).
-Manusia yang dengki, Matanya akan buta, Telinga jadi pekak, mulut jadi bisu sebab tidak dapat melihat dan menilai segala kebaikan orang.

4)MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM: Sedangkan makan yang halal ditewaskan Syaitan apalagi makan dari sumber yang haram. Oleh itu kita kena melemahkan nafsu.

5)BERLEBIHAN (MEWAH) : Perlu besederhana dalam kehidupan jangan terlalu mewah.
-Rumah yang terlalu mewah syaitan akan menumpang mebiakkan kaum kerabatnya. Oleh itu di dalam rumah perlu dihidupkan solat, berzikir, membaca Al-quran dan sebagainya.

6)TAMAK

7)JANGAN TERLALU MENYANJUNG MANUSIA : Memuji contohnya
-Anak jangan terlalu di puji nanti akan jadi besar kepala dan tidak menghormati edua Ibubapa.
-Layanlah sesiapa sahaja dengan sama rata.
-Para ulama tidak suka dipuji.

8)SIKAP GOPOH (TERGESA-GESA): Orang yang selalu gopoh syaitan akan memasukinya.
-Apa keputusan yang hendak dibuat perlu tenang, nilai segala baik buruk dari semua sudut.

9)MATA WANG, HARTA BENDA DAN SEGALA YANG KITA MILIKI
Dari asyik mengira wang yang beribu lebih baik mengira huruf2 Al-quran contohnya :
-Huruf Alif adalah huruf paling bayak yang ada di dalam Al-quran
-Huruf Lam adalah huruf kedua terbanyak didalam Al-quran
***(sekadar contoh dan info tambahan dari Ustaz yang aku catat)

10)SIFAT KEDEKUT DAN TAKUT MISKIN : selalu bisikan syaitan “Aku teruk-teruk berusaha dia senang-senang meminta”.
-Oleh itu kita perlu ada sifat syukur, mengeluarkan zakat, bersifat selalu mebantu orang susah dan sebagainya.

11)PENYAKIT RANG ADA ILMU SUKA CAKAP PANJANG-PANJANG SAMPAI ORANG PENING.
-Suka mereka-reka cerita
-Penuh dengan sifat kebanggaan
.: Mereka ini ibarat lampu yang terlalu terang hingga sesat di dalam ilmunya sendiri.

12) BURUK SANGKA : suka buruk sangka sesama manusia terutamnya sesama Islam.
-Suka menghukum manusia dengan pandangan yang buru-buruk (haram dan berdosa besar)
-Perlu memohon maaf, jika tidak, tidak akan terlepas di akhirat nanti.

.: Di akhirat nanti semua perlakuan kita akan dipertanggungjawabkan. Oleh itu selalulah bermuhasabah diri kita.

.: Setinggi mana kita belajar hanya dua perkara yang paling utama perlu kita jaga:
1)Perhubungan kita dengan Allah
2)Perhubungan kita dengan manusia

.: Ambillah iktibar dengan gempa bumi yang berlaku, sesungguhnya dunia kita ini sudah terlalu tua. Perelokkanlah diri dan hubungan kita dengan Allah dan juga manusia, agar kita selamat didunia dan akhira...

Takbir!!!!!!
Allahhuakbar!!!

-Dipetik dari kuliah Maghrib 13/4/2012

Tuesday, April 10, 2012

10/4/2012

Sekadar perkongsian ilmu :-

-  Setiap manusia akan mengalami 4 anasir (unsur) dalam dirinya dan ia akan berubah perlakuan kita mengikut unsur tersebut. Hikmahnya, Allah mahu kita berfikir asal kejadian adam (iaitu kejadian kita). 4 unsur tersebut yg ada dalam diri kita adalah :

1) Tanah – tetap pendirian setiap keputusan kta adalah tetap dan yakin)
2)Air  – sejuk (mudah di bawa berbincang dan menyesuaikan diri)
3)Angin – Tabiat laju dan tidak tentu arah (sifat tidak tetap pendirian)
4)Api – pemarah

-Hakikat roh adalah tidak tua dan tidak muda. Buktinya jelmaan kita di dalam mimpi2 kita.

-Yang meninggal adalah jasad bukan roh, tetapi roh juga ada permulaannya.

- Jika kita dapat mengenal kelemahan diri kita, barulah kita dapat menghayati tuhan yang mulia. Sesungguhnya Tuhan dan hamba tidak dapat berada sekali. Ulamak tasauf kata perlu lenyapkan sifat kebanggaan dan tinggi diri.

- Kata Imam Ghazali : Jika hati mahu selalu hidup yakni ingat kepada Allah ia mestilah di mulai dengan mulut barulah hati ikut mengingatinya. Zikir antara ciri lafaznya.

-Mulut kena selalu berzikir. Jangan menghukum orang berzikir kuat bertujuan untuk menunjuk, pokok utamanya adalah usaha diri kita untuk mendekatkan hati kita kepada Allah.

-Kata Imam Ghazali : Usaha adalah sifat kehambaan kepada Allah.

-Mengikut riwayat, Nabi s.a.w sehari 70 kali beristigfar memohon keampunan kepada Allah. Kita bagaimana???

- Dalam diri manusia ada dua sifat:
1)sebagai pekerja yang perlu upah dari Allah
2)Sebagai hamba yang ikhlas kerana Allah
:. Sifat sebagai hamba yang ada dalam diri adalah yang paling di tuntut.

- Diibaratkan meruntuh dinding yang keras tidak menjadi dengan gosok dengan lemah lembut dan memerlukan hentakan yg uat bagi meruntuhkan tembok tersebut begitulah simboliknya dalam menyucikan hati yang keras dan kotor (ubat hati), ia perlu zikir dengan suara.

-Hati hendaklah di bersih selalu. Dalam hati ada tidak lebih dari 70 hijab. Sesungguhnya ilmu berbentuk ‘NUR’ iaitu cahaya, ia idak akan lekat di dalam hati yang kotor dengan dosa zahir dan batin yang kita buat setiap hari.

-Dipetik dari kuliah Maghrib 10/4/2012

Tuesday, March 27, 2012

27/3/2012

Perkongsian Ilmu :-

-  Mengumpat : Orang yang mengumpat kepada seseorang tetapi orang yang di umpat tidak tahu yang dirinya diumpat kifarah Allah benda yang diumpat akan berpusing-pusing dan akhirnya akan kembali kepada orang yang mengumpat.

- Dalam solat ada dua wajah :
 1) Wajah yang mengadap kiblat
2) Wajah hati : Wajah hati iaitu kena mengaku apa yang lidah lafazkan jika otak menerawang kemerata tempat maka berdosalah kita kepada Allah. (Hati bergoyang sebab hati kotor, penuh dengan debu-debu maksiat iaitu ciri-ciri orang munafik seperti dengki, mengumpat, cemburu, busuk hati dan sebagainya.

-Neraka yang paling ringan ialah neraka jahanam : Allah sediakan untuk umat Muhammad. “Pintu ketujuh ialah neraka yang dimasuki oleh UMAT nabi Muhammad s.a.w yakni kita yang terdiri dari orang-orang yang berbuat dosa besar,bermaksiat kepada Allah,enggan melaksanakan solat dan tidak mahu bertaubat sehingga ajal kita tiba"”

-Dalam alam kubur Alah tunjukkan gambaran Syurga dan Neraka sebelum kita masuk kedalamnya kerana kita tidak dapat kembali kedunia untuk menceritakannya.

-untuk memohon berada di syurga Allah atau apa sahaja, mohonlah dari sekarang sementara belum berada di alam kubur.

- Selalulah berdoa :-
Ya Allah lindungi aku dari fitnah dajal
Ya Allah lindungi aku dari fitnah kubur
Ya Allah lindungi aku dari fitnah api neraka
Ya Allah lindungi aku dari fitnah yakjuj dan makjuj
Ya Allah lindungi aku dari fitnah iblis
Ya Allah lindungi aku dari fitnah manusia
Ya Allah berilah aku petunjuk yang dapat memberi kebahagiaan didunia dan akhirat.

:. Fitnah manusia yang paling kita takuti kita terjebak.

-Dipetik dari kuliah Maghrib 27/3/2012

Wednesday, March 21, 2012

21/3/2012

Perkongsian ilmu :

- Jangan menggunakan perkataan BELUM SAMPAI SERU kerana itu adalah PERKATAAN ORANG BUKAN ISLAM contohnya bila ditanya “ Bila hendak menunaikan haji” kita elok menjawab duit belum cukup atau sebagainya tetapi jangan menggunakan perkataan BELUM SAMPAI SERU.
- Apabila datang seseorang yang menyatakan hati telah terbuka untuk masuk Islam maka kita wajib ajar dia mengucap kalimah syahadah dahulu dalam masa itu juga yang lain boleh diuruskan kemudian,
Diiktiraf sebagai telah masuk Islam:
-           Ada lafaz dan saksi
-           Mengucap dengan lafaz yang penuh

Dipetik dari kuliah maghrib 21/3/2012

Saturday, March 17, 2012

17/3/2012

Perkongsian Ilmu :

Orang yang mendengar dan menjawab azan semasa bilal melaungkan azan dan mengakhiri dengan memanjang wasilah (doa sesudah azan) maka menurut hadis sohih dari imam muslim yg nabi bersabda bahawa orang itu layak dan wajib aku bagi syafaat kepadanya.

Sedih sangat bila ustaz katakan umat Muhammad kini tak menghargai Tahiyat yg Rasullah perolehi semasa bertemu Allah dalam Israk Mikraj. Kerana keterujaan baginda Rasulullah s.a.w  melihat zat Allah.. lalu nabi bertanya apakah perkataan yg boleh aku lafazkan untuk memuji Mu lalu  itulah kalimah2 yg ada dalam tahiyat yg Nabi perolehi. Kata ustaz cuba lihat apa yg telah umat Muhammad buat padanya... sungguh sadis jiwa ini dgn apa yg keluar dari lafaz Ustaz. Ya Allah sesungguhnya kami  ini lemah, kami ini jahil... sering tertewas dgn syaitan laknatulllah... jangan kau lepas pandangan Mu pada kami ini Ya Allah. Limpahkah rahmat Mu.. bimbinglah kami hingga kembali kepada Mu... Ya Allah.. hanya Pada Mu kami berserah harap.

- di petik dari kuliah maghrib 17/3/2012 (Us.Don Daniyal)